Minggu, 07 Agustus 2011

opak ubi kayu

Opak-opak ubi kayu adalah sejenis kerepek yang tentunya dibuat dari ubi kayu. Saya tak pasti ada nama lain untuk kudapan ini. Kerepek ubi kayu lebih ringkas cara pembuatannya sedangkan opak-opak lebih leceh. Bagaimanapun kaedah pembuatannya yang rumit mempunyai beberapa kelebihan dan berpotensi besar untuk dimajukan seterusnya dieksport keluar negara.

Untuk resepi kali ini, saya akan menerangkan teknik dan kaedah pembuatannya secara tradisional. Cara inilah yang digunakan oleh nenek moyang kita dahulu tanpa menggunakan peralatan khusus. Memang leceh tetapi mereka bekerjasama dan bergotong-royong seisi kampung menghasilkan produk makanan ini. Hasilnya, kerja yang rumit menjadi mudah. Hubungan sesama mereka bertambah erat.

Cara pembuatannya ada sedikit persamaan dengan pembuatan keropok, kerepek, tebaloi dan sebagainya. Bagaimanapun kaedah tradisional ini sangat unik dan kreatif. Amat sesuai sekali untuk diceritakan disini. Pernah juga, saudara mara yang datang berkunjung berasa hairan bagaimana saya memasak opak-opak ini. Mereka lihat saya mengeluarkan opak-opak yang siap dikukus sekeping demi sekeping dari periuk tetapi setiap kali mereka menjengah periuk mereka mendapati periuk itu hanya berisi air mendidih sahaja. Bila diingat-ingat semula, rasa nak tergelak pulak. Kalau nak tahu apa uniknya cara membuat opak-opak ubi kayu, mari teruskan membaca. Hanya memerlukan ubi kayu sahaja...


Bahan-bahan untuk Opak-Opak Ubi Kayu Tradisional
1 kg Ubi Kayu
1 cmt Garam

Minyak untuk menggoreng tenggelam
Air untuk mengukus

Cara membuat Opak-opak Ubi Kayu Tradisional

1. Ubi kayu diparut sehingga habis.
2. Perah ubi kayu menggunakan kain maslin dan airnya disimpan.
3. Air ubi kayu yang diperah dibiarkan mendak selama lebih kurang setengah jam.
4. Sementara itu, ubi kayu yang telah diperah dikisar lagi untuk menjadikannya lebih halus jika perlu. Lebih halus ubi kayu dikisar, lebih nipislah opak-opak ubi kayu yang boleh dihasilkan.
5. Setelah air ubi kayu mendak, buangkan airnya dan ambil sagunya termendak.
6. Campurkan sagu dan garam kedalam ubi kayu yang telah dikisar halus. Kacau sehingga sebati dan garam betul-betul larut.
7. Dapatkan sebuah periuk dan beberapa keping tutup periuk.
8. Masak air dalam periuk sehingga mendidih. Kecilkan api dan biarkan ia sentiasa merenih perlahan.
9. Sementara itu, tepekkan campuran ubi kayu tadi dibahagian bawah tutup periuk. Dapatkan senipis yang mungkin.
10. Tutupkan periuk menggunakan penutup periuk yang telah ditepekkan dengan ubi kayu tadi dengan keadaan ubi kayu berada didalam periuk. Biarkan ubi kayu terkukus selama 10 saat.
11. Setelah masak, angkat tutup periuk dan biarkan sejuk sedikit. Sementara itu kukuskan ubi pada tutup periuk yang lain.
12. Tanggalkan ubi kayu yang telah dikukus daripada penutup periuk dan letakkan diatas dulang. Tutup periuk boleh digunakan semula untuk menepek dan mengukus ubi kayu yang lain.
13. Ubi kayu yang telah dikukus perlulah dijemur dan dibiarkan kering selama 2 hingga tiga hari.
14. Setelah, ubi kayu benar-benar kering, goreng didalam minyak yang banyak sehingga kekuningan. Opak-opak ini akan mengembang besar jadi sila gunakan kuali yang besar. Opak-opak yang separuh kering juga boleh digunting agar saiznya lebih kecil dan mudah digoreng.
15. Opak-opak ubi kayu sedia dinikmati.

Tip Masakan Komersial

1. Anda boleh menjadikan opak-opak lebih menarik dengan menambah warna yang sesuai. Sewaktu menepek atas tudung periuk, gunakan kreativiti anda untuk menghasilkan pelbagai corak dengan warna yang sesuai.
2. Anda boleh menyapukan sedikit minyak masak diatas tudung periuk agar ubi kayu yang siap dikukus mudah ditanggalkan. Sapukan satu lapisan nipis sahaja sebaik-baiknya menggunakan tisu. Biasanya hanya perlu menyapukan sekali sahaja pada permulaan mengukus. Setelah itu ubi tidak akan melekat lagi.
3. Opak-opak yang telah betul-betul kering, boleh disimpan untuk tempoh yang lama, jadi kudapan ini memang sesuai dikeluarkan secara besar-besaran untuk menjana pendapatan.
4. Memang opak-opak telah lama ada dipasaran jadi anda perlu memberikan nafas baru dalam menjadikan opak-opak keluaran anda lebih unik. Anda boleh memberikan perisa untuk opak-opak sama ada dimasukkan dalam kisaran ubi kayu atau ditaburkan keatas opak-opak siap digoreng. Anda juga boleh menghasilkan opak-opak dengan bentuk tetap dan menarik untuk menambahkan minat pelanggan terutama kanak-kanak. Boleh juga membuat opak-opak yang sangat nipis untuk menghasilkan persembahan seperti potato chips (pringles atau mr.potato)
5. Untuk pengeluaran berskala besar, sudah tentu anda memerlukan mesin untuk penghasilan yang cepat. Opak-opak separa kering sebenarnya boleh digelek untuk menjadikannya lebih nipis. Saya memang ada terfikir idea mesin yang bol

Tidak ada komentar:

Posting Komentar